Monday, 11 May 2015

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8





Sekolah Kebangsaan  Batu 8, Changlun Kedah adalah sebuah sekolah bantuan kerajaan yang telah siap di bina pada tahun 1962. Sekolah ini dibuka pada 19hb. Januari 1963. Seramai 93 orang murid talah mendaftar iaitu 41 orang murid lelaki dan 52 orang murid perempuan. Guru Besar yang pertama ialah En. Zainal Bin Mohammad. Sehingga kini seramai 21 orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini. Kini , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 8  ialah En. Nor Afendi bin Johari.

Kebanyakkan murid pada awal pembukaan sekolah ini terdiri daripada anak-anak peneroka dan anak-anak penduduk sekitar kawasan sekolah. Kebanyakkan murid adalah berbangsa Melayu. Hanya segelintir murid berbangsa Siam dan Cina yamg belajar di Sekolah Kebangsaan Batu 8.

Sekolah Kebangsaan Batu 8 dibina di atas tanah seluas 4.55 ekar milik Felda Batu 8 tetapi pembinaannya telah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Terdapat 2 buah bangunnan asal sekolah dan sebuah bangunan tandas. Namun begitu, sebuah bangunan baru 2 tingkat telah dibina pada tahun 2000 untuk menampung murid-murid yang semakin ramai.

Murid yang mendaftar pada tahun 2015 adalah seramai 281 orang. Untuk itu pengurusan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Batu 8 telah merancang dan megatur pelbagai strategi bagi meningkatkan prestasi sekolah. Dengan seramai 30 orang tenaga pengajar, Sekolah Kebangsaan Batu 8 diharap dapat mengorak langkah dan bersaing di persada pendidikan negara agar dapat menbentuk pelajar yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal selaras dengan nilai-nilai hidup masyarakat di Malaysia.

No comments:

Post a Comment